Tuesday, March 27, 2007
Baru sahaja tadi sekolah siglap mengadakan ujian NAPFA. Ia sungguh memenatkan. saya amat gembira kerana saya berjaya melompat tinggi untuk 'standing broad jump'. selalunya, saya hanya boleh melompat setinggi 140+ tetapi, hari ini saya melompat setinggi 170.
walaupun mendapati 'grade' yang tidak memuaskan tetapi saya amat gembira. alangkah gembiranya saya pabila saya boleh buat 24 'pull up'. saya tidak menyangka bahawa saya boleh buat begitu banyak. heh :)
pejam kelip pejam kelip, masa untuk kertas 'o' akan tiba. sungguh menggerunkan. hati saya berdebar-debar setiap kali memikirkan tentang kertas 'o' melayu yang akan tiba. insyaallah, saya akan lulus kesemua kertas peperiksaan 'o' saya. itu pun jika saya belajar bersungguh-sungguh. insyaallah.
saya telah merancang untuk masa depan saya. setelah 'o' saya akan masuk ke poly(insyaallah) dan memasuki kursus 'integrated resort and project management' kerana, saya minat untuk merancang untuk acara-acara yang istimewa. selepas habis sekolah, saya akan sambung belajar di universiti(insyallah). setelah itu, saya akan mula bekerja.
itulah apa yang telah saya rancang untuk masa depan saya. mahu menjadi apa? hmm, itu saya tidak pasti. jumpa saya di episode lain. hehe ikut cerita-cerita di TV pulak. hee. bersambung...salam manis semua. hee
Spring is here at
6:28 PM