Monday, July 23, 2007
sekali lagi, hatiku terguris tatkala memikirkannya, namun aku harus lupankan sahaja si dia. mengapakah takdir diriku begini. makin ku cuba lupakan, makin kerap dia timbul di kotak fikiranku. mengapa?
aku cuba melupakannya tetapi hatiku meronta-ronta aku mencarinya. sudah puas hati dipujuk tetapi masih juga luka. aku sudah lelah menunggu akan kehadiran dirinya. aku tahu jika dia ditakdirkan bersamaku, kita akan bersatu.
sudah berkali-kali hatiku telah terluka bagaikan beribu-ribu anak panah yang mencucuk hatiku yang kerdil ini. mengapakah ini semua terjadi pada diriku? mengapah! mengapakah diriku selalu ditinggalkan oleh insan yang ku sayang. satu demi satu.
aku sayangkan kau, tetapi begini aku terima akhirnya. kenangan manis aku dengan mu, tak akan aku lupa. perjanjian di antara kita untuk meneruskan tali persahabatan tidak akan ku lupa tetapi kamu. arrgh! entahlah. apa telah jadi pada janji itu sayang? adakah ia hanya mainan mulut mu ataukah itu benar?
andainya aku tahu ini akan terjadi, aku akan memberitahumu suatu ketika dahulu sebelum semua ini berlaku. aku menyesal, sungguh menyesal akan tindakan aku yang sewenang-wenangnya. aku rindu sama mu. rindu sangat sama mu. pulanglah padaku sayang. aku akan tetap menanti akan kehadiran dirimu walaupun hati ini telah lelah menanti kerna aku tahu, aku dan kau akan menjadi seperti dahulu.
Spring is here at
8:51 PM